Site icon TechNave BM

Google Pixel 5 sah akan dilengkapi Snapdragon 765G dan RAM 8GB

Terkini, terdapat sumber yang telah mendedahkan bahawa peranti kelas pertengahan Google Pixel 5 bakal dijana cipset Snapdragon 765G dan RAM 8GB. Lebih menarik, ia didakwa sebagai sebuah peranti kelas pertengahan premium.

Bayang Google Pixel 5 ditemui pada penyenaraian di AI Benchmark. Penyenaraiannya hanya memaparkan maklumat cipset Snapdragon 765G dan RAM 8GB sahaja, tanpa pemaparan spesifikasi lain. Untuk pengetahuan anda, Google telah mengacah Pixel 5 semasa pelancaran peranti kelas permulaan Pixel 4a.

Menurut Google, kumpulan peranti 5G Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G bakal dilancarkan bersama pada Oktober ini. Untuk mengelakkan kekeliruan, peranti Pixel 4a adalah berbeza dengan peranti Pixel 4a 5G yang masih belum dilancarkan.

Anda boleh membaca berita lepas mengenai ramalan tentang peranti Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G.

Apakah jangkaan dan pendapat anda mengenai Google Pixel 5? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version