Site icon TechNave BM

Google Pixel 5a 5G: Komponen utama tertiris, bermula ~RM1,906

Google mengesahkan bahawa Pixel 5a 5G akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Namun, salah satu sumber yang dipercayai telah berkongsi beberapa imej sebenar komponen peranti itu dan berkemungkinan ianya akan dilancarkan esok iaitu 17 Ogos.

Bahagian belakang peranti ini mempunyai bonggol kamera berbentuk segi empat dengan dua kamera, lampu kilat LED, pengimbas cap jari dan logo Google yang kecil di bahagian bawah. Pada bahagian sisi pula menunjukkan butang kuasa bertekstur baru yang mempunyai warna hijau pudina dan berada di atas butang kawalan suara.

Berdasarkan khabar angin, Pixel 5a 5G memiliki reka bentuk yang hampir sama dengan siri Pixel 4a dengan potongan berlubang (punch-hole) di sudut kiri atas. Telefon ini juga dikatakan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 765G.

Selain itu, sumber tersebut juga mendedahkan kapasiti bateri 4,680 mAh yang terdapat pada Pixel 5a 5G dan menjadikannya bateri paling berkuasa yang pernah Google hasilkan. Pixel 5a 5G dikatakan berharga $ 450 (~RM 1,906) dan pembelian peranti ini boleh dibuat bermula 26 Ogos.

Nantikan berita lanjut tentang pelancaran peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version