Site icon TechNave BM

Google Pixel 5a 5G mungkin akan kekalkan cipset Snapdragon 765G

Berdasarkan sumber bulan lalu, Google bakal mengumumkan peranti kelas pertengahan mereka, Pixel 5a 5G pada 11 Jun ini. Telefon ini dikhabarkan akan mempunyai reka bentuk yang hampir sama seperti Google Pixel 4a 5G. Terbaru, sumber menyatakan bahawa Pixel 5a 5G berkemungkinan besar akan mengekalkan cipset Snapdragon 765G.

Baru-baru ini, sebuah telefon pintar dengan nama kod Barbet dan nombor model ‘sm7250’ telah dikesan di keluaran terbaru Android 12 Developer Preview 3. Ia berkemungkinan besar adalah Pixel 5a 5G dan mengikut sumber lalu, ‘sm7250’ ini merujuk kepada cipset Snapdragon 765G.

Pada tahun lalu, Google telah menggunakan cipset Snapdragon 765G pada peranti Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G.

Imej janaan Google Pixel 5a

Untuk spesifikasi lain, Google Pixel 5a 5G mungkin akan hadir dengan skrin 6.2 inci OLED FHD+ dengan skrin berbentuk punch hole. Selain itu, ia dikhabarkan akan dilengkapi dua kamera belakang dengan modul kamera berbentuk petak. Ia juga mungkin akan mengekalkan sensor cap jari pada bahagian belakang, sama seperti Google Pixel 4a 5G.

Adakah anda berpuas hati dengan pilihan cipset ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version