Site icon TechNave BM

Google Pixel 5a dikhabarkan akan dilancar pada 26 Ogos ini, harga sekitar ~RM1,688

Sehingga kini, pelbagai khabar angin mengenai telefon pintar Google Pixel 5a telah pun muncul dalam talian, namun tarikh pelancarannya masih lagi menjadi misteri. Kini, sumber baru dalam talian memberitahu bahawa Google Pixel 5a akan dilancar pada 26 Ogos ini.

Dari segi spesifikasi, Google Pixel 5a dijangka hadir dengan skrin 6.4 inci OLED, cipset Snapdragon 765G, RAM 6GB dan bateri 4,650mAh. Ia juga dikhabarkan tidak akan menyokong pengecasan pantas wayarles dan hanya ditawarkan dengan warna hitam Mostly Black sahaja.

Untuk kamera pula, spesifikasinya akan kekal sama seperti Pixel 5 sebelum ini. Google Pixel 5a juga dikatakan akan hadir dengan bicu audio 3.5mm dan ciri kalis air dan debu IP67.

Yang kurang menarik, Pixel 5a mungkin akan dilancarkan di dua pasaran sahaja iaitu Amerika Syarikat dan Jepun. Peranti ini dikatakan akan dijual di kedai rasmi Google Store dalam talian dengan harga sekitar $450 (~RM1,688).

Seperti telefon Google sebelum ini, ia tidak akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Jika anda meminati peranti Google Pixel, anda boleh membelinya dari luar negara.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version