Site icon TechNave BM

Google Pixel 6 bakal hadir dengan kamera tersembunyi bawah skrin, ini buktinya!

Kamera swafoto tersembunyi di bawah skrin masih lagi dikira sebagai teknologi baharu kerana setakat ini hanya jenama ZTE yang sudah mengeluarkan telefon dengan ciri tersebut. Terkini, Google dilihat mempatenkan telefon pintar Google Pixel seterusnya dengan kamewa swafoto di bawah skrin.

Paten ini menjujukkan ketiadaan rekaan skrin berlubang atau takuk pada Google Pixel seterusnya, dipercayai Google Pixel 6. Kamera swafoto dijangka terletak di bawah skrin. Paten ini mungkin juga merujuk kepada Google Pixel 5 Pro.

Hal ini kerana terdapat sumber lepas yang mendedahkan beberapa gambar yang memperlihatkan spesifikasi Google Pixel 5 Pro. Ianya hadir dengan kamera swafoto bawah skrin, slot dwi-SIM, Bluetooth 5.1, RAM 8GB dan storan 256GB.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat mengenai tarikh pelancaran Google Pixel 5 Pro.

Apakah pendapat anda? Adakah Google Pixel 6 akan menyusul dengan ciri kamera bawah skrin seperti Google Pixel 5 Pro? Komen di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version