Site icon TechNave BM

Google Pixel 6a bakal dilancar Mei ini, muncul di penyenaraian FCC

Google mungkin akan melancarkan Google Pixel 6a pada persidangan pembangun tahunannya bulan depan selepas peranti tersenarai dalam penyenaraian FCC. Masa penyenaraian selari dengan Google I/O yang akan berlangsung pada 11 Mei ini di Mountain View, California.

Salah satu sumber menemui telefon baharu yang disenaraikan oleh FCC termasuk empat model yang membawa nombor model GX7AS, GB17L, G1AZG dan GB62Z. Empat model ini muncul dalam tiga penyenaraian FCC yang berasingan tetapi semuanya mungkin varian berbeza bagi Pixel 6a yang sama.

Ia sama terjadi seperti Pixel 5a yang melalui penyenaraian FCC pada Julai tahun lepas sebulan sebelum pelancarannya. Tambahan, salah sATU SUMBER yang boleh dipercayai menyokong dakwaan itu dengan mengatakan bahawa Pixel 6a dijadualkan untuk dilancarkan pada Mei. Mengenai penyenaraian FCC, empat model yang disebutkan adalah sama asas perkakasannya.

Satu-satunya perbezaan ialah satu mempunyai 5G mmWave dan yang lain mempunyai Sub-6GHz 5G. GB62Z dan GX7AS disenaraikan sebagai model induk telefon. GB62Z ialah model dengan 5G mmWave. Penyenaraian itu juga mendedahkan bahawa Pixel 6a akan mempunyai NFC dan WiFi 6E.

Kami hanya perlu menunggu Google I/O bulan depan untuk melihat sama ada gergasi teknologi itu akan mengeluarkan Pixel 6a atau tidak. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: BGR

Exit mobile version