Pixel 7a hampir sepadan dengan Pixel 7 perdana pada spesifikasi tetapi bermula pada harga yang lebih rendah. Skrinnya menggunakan paparan OLED FHD+ 6.1 inci, kadar penyegaran 90Hz dan perlindungan Gorilla Glass 3. Telefon ini diberi penarafan IP67 untuk rintangan habuk dan air.
Ia mempunyai bingkai logam dan belakang plastik dengan Google mengatakan bahawa ia menggunakan aluminium, kaca dan plastik kitar semula untuk menghasilkan 7a. Peranti ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan biru cair. Satu lagi peningkatan utama ialah cipset Tensor G2 yang kini dipasangkan dengan RAM LPDDR 8GB dan storan UFS 3.1 128GB.
Google menjanjikan 5 tahun kemas kini keselamatan. Bahagian belakangnya mempunyai kamera utama 64MP dengan sensor Quad Bayer 1/1.73″ OIS, kamera ultra lebar 13MP 1.12µm dan lensa 120° f/2.2 yang diberkati dengan autofokus Dwi Piksel. Pada bahagian hadapan terdapat kamera 13MP 1.12µm dengan lensa fokus tetap 95° (f/2.2).
Kamera belakang boleh merakam video 5K pada 60fps dan kamera swafoto boleh merakam video 4K pada 30fps. Pixel 7a menyokong sambungan sub-6GHz dan mmWave 5G serta peranti ini hadir dengan dwi-SIM dengan satu nano-SIM fizikal dan satu eSIM. 7a dikuasakan oleh bateri 4,385mAh yang menyokong pengecasan berwayar dan wayarles sehingga 18W.
Pixel 7a berharga ₹44,000 (~RM2,390) dan kita perlu menunggu ketibaanya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

