Site icon TechNave BM

Google Pixel 9a kini tersedia secara rasmi di Malaysia, harga bermula RM2,699

Google secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya, Pixel 9a, untuk pasaran Malaysia bermula hari ini. Peranti kelas pertengahan ini ditawarkan pada harga RM2,699 bagi varian 128GB dan RM3,199 untuk storan 256GB. Ia hadir dengan skrin pOLED bersaiz 6.3 inci yang menawarkan resolusi 2424×1080, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum mencecah 2,700 nits.

Skrinnya turut dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3 selain menampilkan pengimbas cap jari optikal dalam skrin dan penarafan IP68 untuk ketahanan terhadap debu dan air. Peranti ini ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Obsidian, Porcelain, Iris dan Peony.

Pixel 9a dikuasakan oleh cip Google Tensor G4 bersama pemproses keselamatan Titan M2 dan dilengkapi 8GB RAM serta pilihan storan sehingga 256GB. Kapasiti bateri pula mencecah 5,100mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 23W serta pengecasan wayarles Qi. Peranti ini menjalankan Android 15 dengan kemas kini sistem operasi dan keselamatan selama tujuh tahun.

Bahagian belakang menempatkan sistem dwi-kamera dengan sensor utama 48MP dan kamera ultra-lebar 13MP manakala kamera swafoto menggunakan sensor 13MP. Pixel 9a boleh didapati menerusi kedai rasmi Pixel di Shopee dan Lazada serta melalui rakan kongsi rasmi Google seperti CelcomDigi, Maxis, UMobile, SenQ, UrbanRepublic dan TMT.

Spesifikasi lengkap Google Pixel 9a: 

Pixel 9a tampil sebagai pilihan menarik dalam segmen telefon pintar pertengahan tahun ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Pixel 9a dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version