Site icon TechNave BM

Google Pixel Fold bakal dilancarkan pada 10 Mei ini

Google I/O ialah persidangan pembangun tahunan Google dan menurut khabar angin baru-baru ini, Google akan menggunakan kesempatan ini untuk mengumumkan semua peranti baharu seperti Pixel Fold, Tablet Pixel dan Pixel 7a. Kini, Google sendiri telah mengesahkan bahawa Pixel Fold akan dilancarkan pada I/O tahun ini yang berlangsung pada 10 Mei ini.

Seterusnya, Google telah menyiarkan video pengacah pada akaun Twitter rasminya yang mendedahkan tarikh dan reka bentuk telefon tersebut. Google Pixel Fold hadir dengan bezel atas dan bawah yang besar pada skrin dalam jika dibandingkan dengan peranti boleh lipat daripada jenama lain.

Mengikut berita yang tertiris, saiz Pixel Fold lebih mirip kepada OPPO Find N dan Find N2 berbanding Samsung Galaxy Z Fold4. Peranti ini sepatutnya dikuasakan oleh cipset Tensor G2 milik Google, berat 283g dan ia mungkin mempunyai bateri yang lebih besar sedikit berbanding Galaxy Z Fold4.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat Google Pixel Fold ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version