Site icon TechNave BM

Google Pixel Fold dikhabarkan akan memasuki pasaran hujung tahun ini

Sejak kebelakangan ini, telefon pintar siri Pixel 6 dan Pixel 5a 5G telah mendapat perhatian di media sosial. Namun, mereka bukan satu-satunya produk perkakas baru yang bakal Google lancarkan pada tahun ini. Terbaru, sumber dalam talian memberitahu bahawa Google mungkin akan melancarkan telefon lipat Pixel Fold mereka sebelum tahun ini berakhir.

CEO Display Supply Chain Consultants (DSCC), Ross Young, mengesahkan bahawa telefon lipat Google akan tiba pada tahun ini. Namun begitu, spesifikasi dan reka bentuknya masih lagi tidak diketahui.

Sebelum ini Pixel Fold dikhabarkan akan menggunakan skrin UTG untuk paparannya dan ia akan dibekalkan oleh Samsung.

Pada masa yang sama, terdapat juga khabar angin mengenai telefon gulung Pixel Roll. Namun, ia tidak akan memasuki pasaran dalam masa 12 bulan yang akan datang.

Adakah anda menantikan telefon lipat Google ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version