Site icon TechNave BM

Google Pixel merancang untuk buat telefon lipat juga, ini buktinya!

Telefon pintar boleh lipat pada era kini mungkin masih tidak mendapat tempat di hati ramai pengguna dek kerana harga yang premium setanding dengan teknologinya. Namun, Google dilapor bakal mengikut jejak beberapa jenama telefon pintar lain dan merancang untuk mengeluarkan telefon boleh lipat Google Pixel.

Menurut sumber, Google Inc. dilihat mempatenkan dua dokumen telefon lipat di World Intelectual Property Organizatin (WIPO). Kedua-dua dokumen paten ini memperlihatkan mekanisme engsel yang berbeza. Paten pertama memaparkan rekaan seperti HUAWEI Mate Xs, manakala paten kedua memaparkan rekaan seperti Royole Flexpai.

Perlu diingatkan bahawa paten adalah rekaan produk yang mungkin menjadi rekaan pilihan untuk dihasilkan, atau kekal hanya sebagai paten sahaja. Apakah pandangan anda mengenai telefon lipat Google Pixel? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version