Site icon TechNave BM

Google Pixel Stand Gen-2 dilancar: Miliki sokongan pengecasan 25W berharga ~RM330

Google baru sahaja melancarkan pengecas tanpa wayar Pixel Stand generasi ke-2 dan ia sudah mula dijual di kedai dalam talian syarikatnya. Google Pixel Stand adalah pengecas tanpa wayar dengan sokongan Qi yang mampu mengecas Pixel 6 dan 6 Pro pada 23W manakala 15W bagi peranti lain.

Terdapat kipas penyejuk terbina di dalam yang Google katakan ianya hampir senyap. Google mengeluarkan pengecas USB-C 30W dan kabel USB-C 1.5m dengan Pixel Stand generasi ke-2. Peranti ini memiliki berat hanya 71g yang diperbuat daripada TPU kitar semula dan polikarbonat.

Pixel Stand generasi ke-2 meletakkan Pixel 6 dalam keadaan menegak untuk anda mudah menggunakan dan berinteraksi dengan peranti pintar menggunakan teknologi Nest. Pengecas ini berharga $ 79 (~RM330) dan akan tersedia kelak.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version