Site icon TechNave BM

Google Play Console dedahkan spesifikasi Samsung Galaxy Tab A 8.4 (2020)

Jika anda sedang merancang untuk membeli sebuah tablet Samsung kelak, ini berita yang tentunya akan menarik perhatian anda. Butiran spesifikasi untuk tablet kelas pertengahan daripada Samsung yang akan dikeluarkan pada tahun ini, Galaxy Tab A 8.4 (2020) sudah pun boleh didapati daripada senarai Google Play Console.

Tablet tersebut akan mempunyai paparan 8.4 inci beresolusi 1920 x 1200. Selain itu, ia dikuasai oleh pemproses Exynos 7904 dan mempunyai RAM sebanyak 3GB. Akan tetapi, Google Play Console menyatakan tablet itu dioperasi oleh Android 9 dan bukan Android 10 yang merupakan versi terbaru. Mungkin pelanggan boleh mendapatkan kemas kini selepas membelinya.

Tiada butiran lanjut mengenai tablet ini terdapat dalam Google Play Listing. Beritahu kami di Facebook jika anda masih menggunakan tablet dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Boxertechnology

Exit mobile version