Site icon TechNave BM

Google Play Movies mungkin akan sediakan pelayaran filem secara percuma

Anda tentunya pernah mendengar tentang perkhidmatan pelayaran filem seperti Netflix atau iflix di mana anda perlu membayar yuran bulanan untuk menonton sebarang kandungan video dalam perkhidmatan tersebut. Namun jika anda tidak mempunyai wang, anda mungkin boleh beri perhatian kepada Google Play Movies & TV yang mungkin akan menyediakan pelayaran filem dan siri televisyen secara percuma dalam masa terdekat.

Menurut laporan daripada XDA Developers, mereka mengesan beberapa baris kod dalam kemas kini (update) aplikasi Google Play Movies & TV versi v4.18.37 di mana aplikasi itu bakal memberikan filem secara percuma, di mana filem tersebut akan mengandungi iklan.

Satu baris kod memaparkan slogan seperti “Hundreds of movies, just a few ads (ratusan filem, hanya beberapa iklan)” dan “Watch free with ads (tonton secara percuma dengan iklan).” Masih tidak jelas jika ini bermakna pelayaran percuma itu boleh didapati dalam semua katalog filem Google Movies atau beberapa filem sahaja.

Adakah anda berminat untuk menonton filem di Google Movies secara percuma walaupun terdapat beberapa iklan di tengah-tengahnya? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XDA Developers

Exit mobile version