Site icon TechNave BM

Google Play Pass kini tersedia di Malaysia, langganan bermula RM10.99/bulan

Semalam, terdapat laporan bahawa Google Play Pass telah tiba di Malaysia tetapi bukan semua orang boleh mengaksesnya. Hari ini, Google telah melancarkan ciri ini dan ia boleh diakses oleh semua pengguna. Sekiranya anda tidak tahu, pas bermain game ini berfungsi seperti Apple Arcade.

Melalui pas ini, anda boleh mengakses ratusan permainan tanpa iklan dan tiada pembayaran dalam aplikasi selepas langganan. Selain itu, anda boleh berkongsi pas permainan ini sehingga 5 ahli. Pas bulanan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.99 manakala langganan tahunan akan dikenakan bayaran sebanyak RM99.00.

Harga yang ditawarkan adalah 25% lebih murah daripada Apple Arcade. Menariknya, bulan pertama adalah percuma di mana ini adalah tempoh percubaan supaya anda boleh bermain-main sepanjang tempoh ini. Jika pas ini tidak sesuai dengan keinginan anda, anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa.

Untuk membeli pas ini, anda boleh pergi ke aplikasi Gedung Google Play, pilih gambar profil anda di penjuru kanan sebelah atas dan anda akan melihat label “Play Pass” antara Perpustakaan dan Tetapan. Pilih label “Play Pass” dan caj langganan akan dikenakan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

Exit mobile version