Site icon TechNave BM

Google Play Store akan haramkan aplikasi rakaman panggilan telefon bermula 11 Mei 2022

Baru-baru ini, Google telah membuat sedikit perubahan dalam polisi Play Store di mana ia akan mengharamkan aplikasi rakaman panggilan telefon (call recording app) bermula 11 Mei 2022.

Polisi ini akan menjejaskan penggunaan Accesibility application programming interface (API) buat para pembangun aplikasi, di mana Google menyatakan bahawa Accessibility API tidak boleh direka untuk merekod panggilan audio. Google turut menjelaskan perubahan polisi ini dalam sebuah webinar bersama pembangun aplikasi.

Sungguh pun begitu, perubahan polisi ini hanya akan menjejaskan aplikasi pihak ketiga dalam Play Store. Untuk aplikasi rakaman panggilan telefon yang sudah siap tersedia dalam telefon seperti Mi Dialer dalam telefon Xiaomi dan aplikasi rakaman dalam Google Pixel, ia masih boleh digunakan.

Sebelum ini, Google telah pun menghalang sebarang bentuk rakaman terhadap panggilan telefon sejak Android 10. Syarikat itu berbuat demikian bagi menjaga privasi dan keselamatan para pengguna, serta mematuhi undang-undang rakaman panggilan telefon yang sangat berlainan dalam pelbagai negara.

Bagi mengatasi sekatan tersebut dalam Android 10, pembangun aplikasi dalam Play Store menggunakan Accebility API untuk merekod panggilan. Sungguh pun begitu, mereka tidak boleh berbuat demikian bermula 11 Mei 2022.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version