Site icon TechNave BM

Google Play Store buang aplikasi yang hapuskan perisian China dalam telefon pintar

Baru-baru ini, sebuah aplikasi bernama Remove Chinese Apps mendapat sambutan yang hangat di kalangan pengguna Play Store. Aplikasi tersebut membuang sebarang aplikasi yang dibuat dari negara China dan dipasang ke dalam telefon pintar pengguna.

Walau bagaimanapun aplikasi tersebut telah dibuang oleh Google kerana ia melanggar polisi tingkah laku penipuan (Deceptive Behaviour Policy) dalam Play Store. Menurut polisi tersebut, sesebuah aplikasi tidak boleh mengganggu atau mematikan aplikasi lain dalam telefon pintar pengguna.

Aplikasi tersebut semakin mendapat sambutan, terutamanya di India, berikutan peningkatan dalam sentimen anti-China susulan ketegangan di sempadan kedua-dua negara tersebut. Ramai selebriti India juga menggalakkan peminat mereka untuk memasang Remove Chinese Apps.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version