Site icon TechNave BM

Google Play tamatkan penjualan Kad Hadiah di Malaysia bermula 15 Jun ini

Google mengumumkan bahawa penjualan Kad Hadiah Google Play di Malaysia akan dihentikan sepenuhnya mulai 15 Jun 2025. Bagaimanapun, pengguna masih boleh menebus mana-mana kad yang dibeli sebelum tarikh tersebut dan menggunakan baki prabayar sehingga 31 Januari 2026.

Sebarang baki yang tidak digunakan akan luput dan tidak boleh ditebus atau dikembalikan selepas tarikh tersebut. Kad Hadiah Google Play tidak mempunyai yuran atau tarikh luput secara semula jadi, namun langkah ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada perubahan struktur pembayaran Google Play di Malaysia.

Sebagai alternatif selepas 15 Jun, pengguna boleh terus melakukan pembelian di Google Play menggunakan kaedah lain seperti:

Google turut menyarankan pengguna yang menggunakan baki Google Play untuk langganan berulang agar segera mengemaskini kaedah pembayaran mereka sebelum 31 Januari 2026 bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi Google Play.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version