Site icon TechNave BM

Google Play untuk PC beta diumum, bolehkan pengguna main “game” pada Windows PC

Pernahkah anda terfikir untuk bermain game mudah alih yang terdapat pada Google Play pada PC? Anda boleh melakukannya dengan emulator, tetapi kadangkala ia tidak selancar ketika bermain pada telefon dan pengalaman gaming yang mengecewakan. Kini, Google telah berusaha untuk membawa game Android ke platform PC.

Awal hari ini, Google mengumumkan beta Google Play Games untuk PC. Aplikasi ini membolehkan anda menyemak imbas gedung Permainan Google Play untuk permainan Android kemudian memuat turun dan memainkannya pada PC Windows anda. Ia menyokong kawalan papan kekunci dan tetikus.

Jadi, anda boleh mempunyai kawalan yang lebih baik dalam permainan. Selain itu, proses ketika bermain sesebuah game akan disimpan pada akaun anda. Jadi, anda boleh menyambung bermain game tersebut pada mana mana peranti. Google Play Games untuk PC memerlukan perkakasan virtualisasi dan secara teknikal ia masih merupakan emulator.

Dalam erti kata lain, anda memerlukan PC yang berkuasa untuk menjamin kelancaran ketika bermain game. Selain itu, beta kini hanya tersedia di Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan. Namun, SEA memegang kuasa besar dalam industri gaming. Jadi, kami fikirkan ia akan sampai ke Malaysia tidak lama lagi.

Anda boleh melawati halaman beta untuk mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut. Sebaik sahaja ia tersedia pada pasaran Malaysia, kami akan memberitahu anda. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version