Site icon TechNave BM

Google Podcasts tidak lagi tersedia di Malaysia

Google sebelum ini mengumumkan penamatan Google Podcasts pada 23 Jun 2024. Namun, ia masih boleh diakses dan digunakan untuk mendengar podcast selepas tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, Google akhirnya menamatkan akses kepada aplikasi Podcasts di Malaysia.

Untuk pengetahuan, apabila mengakses aplikasi Google Podcasts, anda akan melihat notis “Google Podcasts Not Available”. Ia hanya akan memberikan pilihan untuk anda mengeksport senarai langganan anda. Anda juga boleh memindahkan langganan ke YouTube Music.

Google turut memberi peringatan bahawa Google Podcasts akan ditamatkan sepenuhnya pada 30 Ogos 2024 dan senarai main anda mesti dieksport sebelum tarikh tersebut atau ia akan dipadamkan sepenuhnya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version