Site icon TechNave BM

Google raikan Benedict Sandin: Ahli etnografi Sarawak yang berjasa dalam memelihara budaya Iban

Google Doodle hari ini meraikan mendiang Benedict Sandin, ahli etnografi yang telah berkhidmat sebagai kurator Muzium Sarawak, sempena hari kelahirannya pada 18 Oktober 1918. Dalam laman utama Google.com hari ini, ia memaparkan gambar objek-objek kecil dengan seni budaya Iban serta seorang watak yang melambangkan Benedict.

Beliau telah mendapat sanjungan tinggi dalam golongan akademik bagi jasanya dalam memelihara warisan asli keturunan Iban. Bapanya telah memperkenalkan kepada beliau tentang bahasa Iban, justeru mencetuskan minat beliau untuk membela budaya ini.

Beliau yang berasal dari Saribas, Sarawak telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan untuk menyebarkan budayanya, termasuklah menjadi penyunting untuk penerbitan berita pertama dalam bahasa Iban pada 1941, menganggotai persekutuan UNESCO dan akhirnya dilantik sebagai kurator Muzium Sarawak pada 1966.

Mendiang telah menghembuskan nafas terakhir pada 7 Ogos 1982 pada usia 64 tahun. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google Malaysia Blog

Exit mobile version