Site icon TechNave BM

Google raikan PRU15 di Malaysia dengan doodle khas

Google telah menetapkan halaman utamanya untuk memaparkan doodle dengan kertas undi berlipat dimasukkan ke dalam peti undi berlabel Jalur Gemilang sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada hari ini. Peti undi di dalam doodle tersebut menggantikan “O” kedua dalam perkataan “Google”.

Apabila anda membuka halaman utama Google dengan pautan google.com.my, anda akan dapat melihat info tentang pilihan raya yang sedang berlangsung jika anda klik peti undi pada doodle tersebut. 221 kerusi di Dewan Rakyat akan dipertandingkan semasa pilihan raya.

Lebih 20 juta pengundi berdaftar sedang menuju ke tempat mengundi pada PRU15 untuk memilih wakil rakyat bagi kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang. Semakan arkib Google Doodle menunjukkan bahawa capaian coretan PRU15 ditetapkan untuk dipaparkan hanya untuk mereka yang berada di Malaysia.

Ini bukan kali pertama Google memberi penghormatan kepada pilihan raya Malaysia kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga turut terdapat doodle khas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version