Site icon TechNave BM

Google sahkan proses pengimbas cap jari Pixel 6 perlahan kerana peningkatan kawalan keselamatan

Siri Google Pixel 6 terbaru telah dibelenggu oleh isu pengimbas cap jari yang tidak bertindak balas. Pengimbas cap jari pada bawah paparan optik pada kedua-dua telefon telah dikritik kerana perlahan dan tidak dipercayai oleh penggunanya. Tetapi, Google nampaknya menganggap situasi ini sebagai bukan suatu masalah.

Kenyataan rasmi oleh Google dalam lama Twitter-nya mendakwa algoritma keselamatan yang dipertingkatkan adalah salah satu perkara yang menyebabkan ianya menjadi perlahan kerana ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mengesahkan cap jari pengguna.

Tweet itu juga memaparkan pautan halaman sokongan di mana pengguna boleh mengikuti penyelesaian langkah demi langkah untuk memastikan pengimbas cap jari mereka berfungsi secara optimum.

Pengimbas cap jari pada Pixel 6 dan 6 Pro juga menjadi tajuk utama minggu lepas kerana terbukti bahawa setiap pengimbas cap jari terikat pada papan induk telefon yang menjadikan pembaikan skrin menjadi lebih sukar.

Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang isu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version