Site icon TechNave BM

Google sedang hasilkan ciri pengesan dengkuran serta batuk untuk Pixel dan Android

Google dilaporkan sedang mengusahakan ciri pengesanan dengkuran dan batuk terbina dalam untuk peranti Android supaya dapat menyediakan data kesihatan yang lebih mendalam. Pada masa ini hanya tersedia untuk pekerja Google di bawah kajian kesejahteraan digital baharu syarikat.

Kedua-dua ciri adalah sebahagian daripada kajian ‘Koleksi Audio Tidur’ yang mungkin diimplan dalam OS Android pada masa hadapan. Menurut 9to5Google yang menemui kemas kini Kajian Kesihatan Google v2.0, ia mestilah pekerja Google sepenuh masa dengan telefon Android untuk mengambil bahagian dalam kajian itu.

Laporan itu menghuraikan lebih lanjut bahawa pasukan Health Sensing Google sedang giat berusaha untuk membawa teknologi keupayaan penderiaan dan algoritma ke peranti Android. Algoritma Batuk dan Dengkuran ini akan diterjemahkan ke dalam ciri “pemantauan sisi katil” pada peranti Android.

Google juga menegaskan bahawa data hanya akan disimpan pada peranti untuk privasi pengguna. Matlamat untuk kajian ini adalah untuk menyediakan pengguna dengan data tentang tidur mereka melalui tekologi audio.

Apakah pendapat anda tentang ciri baharu ini yang mungkin akan datang ke Android tidak lama lagi? Adakah anda mahu dengkuran dan batuk anda dikesan dan direkodkan oleh peranti anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9To5Google

Exit mobile version