Site icon TechNave BM

Google sembunyikan aplikasi bertemakan Koronavirus dalam Play Store

Pada masa ini, Google telah menyembunyikan sebarang aplikasi yang berkaitan dengan wabak COVID-19 dalam platform Play Store. Setakat ini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan rasmi daripada Google berkenaan isu ini tetapi kita boleh andaikan bahawa ini adalah satu usaha untuk membendung penyebaran maklumat palsu tentang Koronavirus dan penyakit COVID-19.

Sebarang carian untuk “coronavirus” atau “COVID-19” dalam Play Store tidak mendatangkan sebarang hasil. Sebelum ini, carian untuk kedua-dua perkataan tersebut memberikan hasil dan senarai aplikasi yang berkaitan.

Jika ini adalah untuk mengurangkan maklumat palsu, Google bukanlah satu-satunya syarikat teknologi yang bertindak sedemikian. Dalam Facebook, sebarang carian untuk “coronavirus” akan membawa pengguna kepada maklumat sahih yang datang daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau pihak berkuasa tempatan.

Kongsi pendapat anda tentang isu ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version