Site icon TechNave BM

Google Stadia kini boleh beroperasi dalam siri OnePlus 5 ke atas dan kebanyakan peranti Android

Perkhidmatan pelayaran (streaming) game Google Stadia kini boleh berfungsi dalam kebanyakan peranti Android, menurut sebuah kiriman dalam blog rasmi Google. Peranti ini termasuklah telefon yang tidak termasuk dalam senarai rasmi peranti yang menyokong Google Stadia.

Dalam kiriman blog itu juga, Google Stadia memperkenalkan versi pertama butang kawalan maya yang akan dipaparkan pada skrin. Memandangkan ini adalah versi pertama untuk kawalan maya ini, Stadia akan memperbaharuinya dari semasa ke semasa.

Jika anda adalah pengguna OnePlus 5 dan ke atas, Google Stadia telah menyertakan telefon-telefon tersebut dalam senarai rasmi telefon pintar yang mampu menyokong perkhidmatan ini. Selain itu, Google Stadia juga mengumumkan beberapa perkara baru tentang perkhidmatan itu, seperti game percuma, percubaan percuma selama sebulan dan tetapan resolusi skrin.

Beritahu kami di Facebook jika anda ingin menggunakan Google Stadia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version