Google telah pun menamatkan penghasilan telefon pintar Pixel 3a dan Pixel 3a XL, bagi memberi ruang kepada Pixel 4a yang dikhabarkan akan dilancar pada hujung Oktober ini dalam sebuah acara dalam talian. Jika anda melawat laman web Pixel 3a, ia akan memaklumkan bahawa telefon pintar ini sudah habis stok (out of stock).
Menurut laporan media, Pixel 4a akan dijual dalam jurang harga US$349 hingga US$399 (~RM1,495 – ~RM1,710). Sebelum ini, terdapat berita bahawa Pixel 4a sudah pun melepasi FCC (Federal Communications Commission) di Amerika Syarikat, menandakan bahawa telefon pintar tersebut bakal tiba. Bagi mereka yang masih ingin membeli Pixel 3a, mereka masih boleh membelinya melalui pihak ketiga sementara stok masih ada.
Namun apa yang pasti, peminat Pixel di Malaysia masih tidak dapat membeli telefon tersebut secara rasmi di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Android Police

