Site icon TechNave BM

Google tangguhkan pelancaran Android 11 Beta yang dijadualkan pada 3 Jun

Google telah melancarkan pelancaran untuk versi beta bagi sistem operasi peranti mudah alih Android 11 yang sepatutnya diadakan pada Rabu, 3 Jun. Dalam sebuah ciapan di akaun Twitter rasmi Android Developers, mereka tidak mengatakan sebab penangguhan tersebut namun menyatakan “sekarang bukanlah masa untuk meraikan.”

Besar kemungkinan Google bertindak sedemikian berikutan rusuhan di seluruh Amerika Syarikat susulan kontroversi pembunuhan George Floyd oleh seorang anggota polis di Minneapolis. Setakat ini tarikh baru untuk pelancaran Android 11 beta masih belum diumumkan.

Antara ciri baru yang dijangkakan terdapat dalam Android 11 adalah Nearby Sharing yang berfungsi seperti AirDrop dalam iOS, rakaman skrin (screen recording), pencatatan automatik (live transcribing), sistem pemesejan Bubbles dan banyak lagi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version