Site icon TechNave BM

Google terbitkan perkataan paling banyak dicari di Malaysia pada 2025, termasuklah MyKasih, Budi95

Google telah menerbitakan rumusan Year In Search 2025 yang menyenaraikan perkataan-perkataan yang paling banyak dicari oleh para pengguna di seluruh dunia sepanjang tahun ini. Syarikat itu turut menerbitkan senarai kata carian untuk Malaysia yang menyaksikan pelbagai topik terkini yang dicari oleh warga tempatan.

Berdasarkan kata carian yang disenaraikan, rakyat Malaysia amat peka terhadap bantuan yang diberikan oleh kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), MyKasih, Budi95, MySalam dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Individu popular yang dicari oleh orang Malaysia pula termasuklah penyanyi Amira Othman dan Naim Daniel, aktivitis antarabangsa Gretha Thunberg serta ahli politik Syed Saddiq dan Donald Trump.

Filem tempatan Blood Brothers pula menjadi filem yang paling dicari oleh orang Malaysia, mengatasi filem-filem Hollywood seperti Superman dan Thunderbolts.

Berikut adalah senarai penuh untuk kata-kata carian paling popular di Google Malaysia:

Carian

  1. Gemini
  2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  3. MyKasih
  4. Deepseek
  5. E-Pembelajaran Sektor Awam

Berita Malaysia

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  2. MyKasih
  3. Budi95
  4. MySalam
  5. Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Alat-alat AI

  1. Gemini
  2. DeepSeek
  3. Hailuo AI
  4. LMArena
  5. ChatGPT 4.0

Movies

  1. Blood Brothers
  2. Superman
  3. Thunderbolts
  4. Final Destination Bloodlines
  5. How to Train Your Dragon

Dramas

  1. Squid Game
  2. Love’s Ambition (许我耀眼)
  3. Emerald Hill – The Little Nyonya Story (小娘惹之翡翠山)
  4. Anonymous Signal (夺命提示)
  5. When Life Gives You Tangerines

Tokoh

  1. Amira Othman
  2. Gretha Thunberg
  3. Naim Daniel
  4. Donald Trump
  5. Syed Saddiq

Beritahu kami di Facebook jika anda bersetuju dengan senarai di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version