Site icon TechNave BM

Google Translate kini boleh menterjemah bahasa dan menaipnya dengan serentak

Jika anda kerap menggunakan aplikasi Google Translate dalam pekerjaan, melancong atau kehidupan seharian, aplikasi tersebut kini mempunyai fungsi transkripsi (Transcribe) di mana aplikasi tersebut boleh mendengar sebarang ucapan dan menterjemahnya ke dalam bentuk teks pada masa yang serentak.

Klik pada ikon transkripsi untuk menterjemah ucapan kepada teks.

Untuk menggunakan fungsi baru ini, anda perlu memilih bahasa yang diucap dan ingin diterjemahkan, tekan pada ikon Transcribe (Transkripsi jika anda menggunakan Google dalam Bahasa Melayu) dan tujukan mikrofon dalam telefon anda kepada pihak yang bercakap. Teks yang telah diterjemahkan akan terpapar pada skrin.

Kami menggunakannya untuk mentranskripsi bahasa Inggeris kepada Perancis. Ucapan asal: “My name is Jack. I live in Canada. I like to eat bread. I am 20 years old.”

Setakat ini, fungsi transkripsi ini hanya boleh digunakan dalam lapan bahasa: Inggeris, Perancis, Jerman, Hindi, Portugis, Rusia, Sepanyol dan Siam. Tentunya ini satu ciri yang berguna buat mereka yang sedang belajar bahasa-bahasa tersebut.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dalam menggunakan ciri Transcribe ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version