Site icon TechNave BM

Google Translate sambut ulang tahun ke-20 dengan ciri baharu “Pronunciation Practice”

Perkhidmatan terjemahan milik Google, Google Translate, kini genap 20 tahun sejak dilancarkan pada 2006 yang berkembang daripada projek kecil kepada platform komunikasi global berskala besar. Dalam tempoh dua dekad, Translate kini digunakan oleh lebih 1 bilion pengguna di seluruh dunia dengan jumlah terjemahan mencecah sekitar 1 trilion perkataan setiap bulan.

Pada fasa awal, sistemnya bergantung kepada pendekatan statistical machine translation (SMT) yang menterjemah berdasarkan corak perkataan. Namun pada 2016, Google beralih kepada neural machine translation (NMT) dan memperoleh satu lonjakan besar yang membolehkan terjemahan lebih tepat, semula jadi dan memahami konteks ayat secara menyeluruh.

Hari ini, Google Translate menyokong hampir 250 bahasa meliputi kira-kira 95% populasi dunia. Ia merupakan peningkatan ketara berbanding hanya beberapa bahasa ketika pelancaran awal. Fungsi juga diperluaskan jauh melangkaui teks.

Antara kemampuan utama termasuk:

Bersempena ulang tahun ke-20, Google turut memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai “Pronunciation Practice” yang menggunakan AI untuk menilai sebutan pengguna dan memberi maklum balas masa nyata. Menariknya, data penggunaan menunjukkan lebih satu pertiga sesi di Google Translate melibatkan interaksi melebihi lima minit yang menandakan ia kini digunakan sebagai medium komunikasi sebenar, bukan sekadar alat rujukan ringkas.

Selepas 20 tahun, Google Translate tidak lagi sekadar “kamus digital”, tetapi telah berevolusi menjadi platform AI yang memainkan peranan penting dalam komunikasi global, pembelajaran bahasa dan interaksi rentas budaya secara masa nyata. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version