Site icon TechNave BM

Google turunkan yuran Play Store dari 30% ke 15% untuk pendapatan ~RM4.12 juta pertama

Google telah mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan yuran perkhidmatan Google Play Store buat pembina aplikasi yang ingin menyediakan aplikasi mereka dalam platform itu. Google akan mengurangkan yuran tersebut daripada 30% ke 15% bermula 1 Julai 2021.

Pengurangan ini akan berlaku sehingga pembina aplikasi tersebut mencapai jumlah pendapatan tahunan USD 1 juta (~RM4.12 juta). Sebaik sahaja sesuatu pembina melepasi jumlah pendapatan tersebut, Google akan menaikkan yuran perkhidmatan kepada 30%.

Perubahan dalam yuran ini hanya tertakluk pada syarikat pembina aplikasi dan bukannya pada satu aplikasi spesifik. Ini bermaksud syarikat yang membina beberapa aplikasi mungkin boleh mencapai jualan USD 1 juta dengan lebih pantas.

Google mengatakan perubahan ini akan memanfaatkan hampir 99% pembina aplikasi dalam Play Store kerana mereka akan mengalami pengurangan sehingga 50% untuk yuran yang perlu dibayar kepada Google.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Developers Blog

Exit mobile version