Site icon TechNave BM

Google TV siarkan gerhana matahari di lokasi terbaik secara percuma

Gerhana matahari 2024 telah mendapat perhatian yang besar dengan berjuta-juta orang dijangka akan ke lokasi tontonan utama di benua Amerika Utara.. Bagi mereka yang tidak dapat melakukan perjalanan, Google TV menawarkan penyelesaian percuma untuk menyaksikan acara dari tempat terbaik.

Google mengumumkan bahawa Google TV akan menyiarkan liputan gerhana matahari 2024 di Amerika Utara secara percuma pada 8 April 2024. Siaran langsung itu akan menampilkan fasa gerhana yang berbeza dari bandar-bandar di sepanjang jalan di seluruh Amerika Syarikat.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), gerhana matahari ini akan berlangsung menurut waktu Malaysia pada 8 April 2024 bermula jam 23:42:15 dan berakhir pada 9 April 2024 jam 04:52:19. Ini bermaksud kita tidak dapat menyaksikannya kerana kita berada dalam waktu malam sepanjang tempoh tersebut. Jika anda masih berminat untuk melihatnya, anda boleh tonton siaran percuma oleh Google TV.

Penonton boleh menonton saluran seperti:

Semuanya boleh diakses dengan mudah dalam tab “For You” di Google TV. Kad tersuai dalam setiap saluran memudahkan navigasi mudah antara sudut pandang yang berbeza semasa gerhana berlangsung di seluruh rantau.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5goole

Exit mobile version