Site icon TechNave BM

Google umum tarikh 30 September untuk lancarkan Google Pixel 5, Pixel 4a 5G, Chromecast

Berita ini bukan lagi ura-ura memandangkan Google sendiri telah mengumumkan tarikh rasmi untuk sebuah acara pada 30 September 2020, jam 11AM PT (1 Oktober, 2AM waktu Malaysia). Google mengumumkan acara ini dengan kehadiran tanda pagar #LaunchNightIn.

Acara pelancaran ini tidak lain tidak bukan untuk beberapa produk yang telah lama timbul di permukaan Internet seperti telefon pintarnya, Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G.

Menurut lampiran dari sumber, jemputan maya dari Google memaparkan bukan sahaja telefon pintar, tetapi mereka akan melancarkan produk lain juga seperti Chromecast dan pembesar suara.

Sepintas lalu,kedua-dua Pixel 5 dan 4a 5G dikatakan dijana dengan cipset sama Snapdragon 765G, skrin AMOLED, kamera 12.2MP (lebar + 12.2MP (ultra lebar), kamera swafoto 8MP, masing-masing dengan RAM 8GB, bateri 4000mAh dan RAM 6GB, bateri 3800mAh untuk Pixel 5 dan Pixel 4a 5G.

Anda boleh baca berita lepas mengenai Google Pixel 5, Google Pixel 4a 5G atau Google Pixel 4a yang sudah menjengah masuk pasaran Singapura, tapi bukan Malaysia.

Adakah anda peminat peranti Google? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version