Site icon TechNave BM

Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka khusus untuk pengalaman Gemini Intelligence. Peranti ini menggabungkan prestasi, kecekapan tenaga dan keupayaan AI Snapdragon X Elite dengan ekosistem Google serta Android.

Googlebook turut menawarkan fungsi seperti Cast My Apps, Magic Pointer dan Rambler yang direka untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat berkaitan e-mel, kalendar dan kandungan pada skrin. Platform ini juga menyokong aplikasi serta permainan Android secara natif, termasuk ciri Snapdragon Elite Gaming untuk pengalaman grafik dan kadar bingkai yang lebih baik.

Daripada aspek perkakasan, Snapdragon X Elite membawakan pemproses Oryon serta NPU Hexagon untuk tugasan AI pada peranti. Googlebook berasaskan Snapdragon turut direka untuk menyediakan hayat bateri sepanjang hari serta sambungan merentas peranti bersama telefon dan tablet Android berkuasa Snapdragon.

Dell dan HP menjadi antara pengeluar terawal yang menawarkan Googlebook berasaskan Snapdragon X Elite. Model masing-masing kini sudah dibuka untuk tempahan manakala Google turut menyenaraikan XPS Googlebook dengan Snapdragon X Elite, RAM 16GB dan storan 512GB serta hayat bateri sehingga 18 jam.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version