Site icon TechNave BM

GoPro Hero 10 tertiris, boleh rakam video 5.3K dengan penstabilan HyperSmooth 4.0

Hampir setahun selepas melancarkan GoPro Hero 9 Black, hari ini tertiris beberapa spesifikasi utama yang mendedahkan ciri penambahbaikan dan kemas kini terbaru untuk model GoPro Hero 10 yang akan datang.

Menurut sumber, Hero 10 bakal hadir dengan sensor dan penstabilan video yang lebih baik serta cip pemprosesan yang baharu. Ianya memiliki cipset pemproses GP2, kamera 23MP, resolusi video 5.3K pada kadar 60fps dan 4K pada kadar 120fps. Kamera ini mampu merakam video pergerakan perlahan dengan resolusi yang tinggi iaitu 2.7K pada kadar 240fps.

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan teknologi HyperSmooth 4.0 yang berfungsi sebagai ‘penstabilan seperti menggunakan gimbal‘. Kualiti streaming untuk kamera ini masih kekal pada resolusi 1080p dan tiada penambahbaikan pada teknologi TimeWarp 3.0. Ciri lain yang dikekalkan ialah kamera ini kalis air hingga 10 meter dan sokongan untuk foto mod RAW, SuperPhoto, HDR dan webcam.

GoPro Hero 10 mendapat sentuhan baharu daripada segi luaran dengan tulisan dan logo GoPro menggunakan warna biru. Setakat ini, sumber tersebut belum mendedahkan harga dan tarikh bila ianya dilancarkan. Namun, mengikut trend pelancaran syarikat tersebut, kita boleh menjangkakan bahawa ianya akan dilancarkan September ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan GoPro Hero 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DroneDJ

Exit mobile version