Site icon TechNave BM

GoPro HERO9 Black dilancar: Kamera lasak dengan video 5K, HyperSmooth 3.0 berharga ~RM1,860

GoPro telah melancarkan kamera terbaru dalam siri kamera sukan mereka iaitu HERO9 Black. Kamera ini dilengkapi dengan penstabilan imej HyperSmooth 3.0, skrin swafoto 1.4 inci berwarna dan skrin sentuh di belakang berukuran 2.27 inci yang lebih besar daripada HERO8.

HERO9 Black boleh merakam video 30fps pada resolusi 5K atau rakaman dengan kadar bingkai (frame rate) tinggi 240fps pada resolusi 1080p. GoPro mengatakan bateri dalam kamera ini mampu tahan selama 30% lebih lama berbanding HERO8.

Kamera ini turut menyokong siaran langsung (live streaming) 1080p untuk digunakan sewaktu bersukan atau sebagai webcam dalam panggilan video. HERO9 Black juga menampilkan penutup lensa (lens cover) yang boleh ditukar untuk memberi efek yang lebih menarik dalam video.

Satu perkara menarik tentang HERO9 Black adalah pada bungkusannya yang tidak mempunyai plastik, sebaliknya ia akan disertakan bersama beg travel case yang boleh digunakan berulang kali.

HERO9 Black dijual pada harga bermula US$449.99 (~RM1,860) namun setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GoPro

Exit mobile version