Site icon TechNave BM

GPU Intel Arc A770 dan A750 diumum, bakal dilancar pada 12 Oktober ini bermula ~RM1340

Selama bertahun-tahun, Nvidia dan AMD merupakan satu-satunya pengeluar kad grafik untuk pengguna PC. Tetapi Intel telah membuat penyelidikan dan pembangunan platform GPUnya untuk beberapa ketika dan akhirnya bersedia untuk melancarkan GPU siri Intel Arc tidak lama lagi. Intel telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan Intel Arc A750, Arc A770, dan varian terhad Arc A770 pada 12 Oktober 2022.

Dalam video itu, jurucakap Intel mengatakan bahawa syarikat itu ‘mengimbangkan semula’ harga GPU di pasaran. Dengan itu, Arc A750 akan dilancarkan pada harga mampu milik USD289 (~RM1340), manakala Arc A770 berharga USD329 (~RM1526). Kad grafik untuk segmen pertengahan ini didakwa setanding dengan Nvidia GeForce RTX 3060 overclocked.

Intel mendakwa bahawa Arc A750 memberikan 53% lebih prestasi manakala Arc A770 berada pada 42% lebih prestasi berbanding dengan RTX 3060. Perlu diingat bahawa ini disebabkan oleh harga pasaran semasa GPU Nvidia yang agak tinggi disebabkan oleh bekalan yang rendah.

Jika Intel boleh menjamin harga pengumuman ini, GPU Arc baharu ini boleh menjadi pilihan untuk penguna pada masa hadapan. Apakah pendapat anda tentang GPU baharu Intel? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Intel

Exit mobile version