Site icon TechNave BM

Grab, AirAsia, CIMB rancang dapatkan lesen perbankan digital

Reuters melaporkan bahawa pelbagai syarikat ternama sedang merancang untuk mendapatkan lesen perbankan digital di Malaysia, seperti Grab, Razer, AirAsia, Axiata dan CIMB.

Beberapa syarikat tersebut sudah pun berbincang dengan pihak konsultan untuk berkembang ke dalam sektor perbankan digital yang kini semakin digalakkan dengan peningkatan perhubungan mudah alih dan firma teknologi.

Pada Disember lepas, Bank Negara mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan lima lesen kepada bank digital baru yang menawarkan perkhidmatan bank konvensional atau Islamik. Garis panduan untuk pemberian lesen ini akan dimuktamadkan pada akhir bulan Jun.

Jika ia berhasil, mungkin kita akan ada bank daripada Grab pula. Berikan tekaan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version