Site icon TechNave BM

Grab anjurkan kempen Local Heroes untuk memudahkan restoran dan warung kecil mencari pelanggan

Memandangkan lebih ramai mengharapkan pada perkhidmatan penghantaran makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, Grab akan melaksanakan inisiatif khas bagi mempromosi peniaga-peniaga makanan yang bergerak sendiri untuk membantu mereka mendapatkan pelanggan.

Bermula 1 April, Grab akan melancarkan kempen Local Heroes untuk mempromosi restoran dan warung ini melalui pelbagai saluran digital. Selain itu, program Grab Small-Biz Relief (GSR) juga menyediakan bantuan kewangan kepada perniagaan kecil sehingga RM3,000 dalam bentuk rebat bagi setiap pesanan. Ini diharapkan boleh mengurangkan impak terhadap pendapatan mereka sepanjang PKP ini.

Selain itu, Grab juga akan membantu para peniaga kecil ini tanpa mengenakan sebarang komisyen. Para peniaga ini akan diberikan pautan (link) GrabPay khas agar semua bayaran akan diberi terus kepada mereka dengan setiap pesanan yang dibuat dalam WhatsApp, Facebook atau panggilan telefon. Untuk pesanan GrabFood pula, tiada komisyen akan dikenakan jika pelanggan memutuskan untuk mengambil makanan mereka sendiri.

Adakah anda kerap menggunakan perkhidmatan penghantaran Grab pada waktu PKP ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version