Site icon TechNave BM

Grab dan Gojek dilapor berunding untuk bergabung jadi satu syarikat besar di Asia Tenggara

Rakyat Malaysia mungkin sudah sinonim dengan nama Grab, tetapi mungkin tidak pada nama Gojek. Nama Gojek ternyata lebih sinonim dengan rakyat di Indonesia. Kedua-dua syarikat besar ini dilapor menjalankan rundingan untuk menyatukan syarikat mereka, sekaligus mungkin menjadi syarikat e-dagang terbesar di Asia Tenggara.

Menurut laporan, Grab dan Gojek telah mula mengurangkan perbezaan pendapat dan membentuk perjanjian. Namun, perjanjian tersebut dilapor masih memerlukan rundingan lebih lanjut. Inisiatif akhir untuk rundingan ini akan dijalankan oleh pemimpin tertinggi di setiap syarikat dan CEO SoftBank Masayoshi Son yang merupakan pelabur utama Grab.

Gabungan ini bukan sahaja untuk memperkuat lagi pengaruh perniagaan mereka, tetapi juga dilapor bertujuan untuk menjadi syarikat jenis terbuka.

Setakat ini, kesemua syarikat yang dinyatakan di atas masih tidak mengulas lanjut atau memberi kenyataan rasmi. Jika perkara ini benar, anda mungkin bakal melihat berita mengenainya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Kongsikan pandangan anda bersama kami di laman Facebook.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version