Site icon TechNave BM

Grab Family Account dilancar, bolehkan pengguna bayar tambang untuk keluarga

Aplikasi Grab secara senyap-senyap telah melancarkan ciri baharu iaitu Family Account (Akaun Keluarga). Kini, pengguna boleh menambah ahli keluarga dan berkongsi perjalanan serta perbelanjaan pada halaman profil akaun mereka.

Untuk membuat akaun keluarga pada aplikasi Grab, hanya klik pada pilihan Akaun Keluarga di bawah nama anda pada halaman profil akaun. Sebagai pengguna utama akaun keluarga, anda boleh menjejaki perjalanan Grab keluarga anda, bersembang dengan pemandu, memantau semua transaksi dan menyelesaikan semua perbelanjaan perjalanan.

Bagi kaedah pembayaran, ia boleh dipautkan dengan dompet digital GrabPay anda, Mastercard atau kad lain yang anda ingin tambah. Namun, walaupun GXBank sudah menjadi kaedah pembayaran utama pada aplikasi Grab, ia nampaknya tidak tersedia buat sementara waktu.

Selepas menyediakan akaun keluarga, pengguna boleh menjemput ahli keluarga melalui pautan jemputan pantas atau dengan menambah akaun mereka secara manual dalam aplikasi Grab. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version