Site icon TechNave BM

Grab ingin semua pemandu dan penunggangnya ambil vaksin COVID-19 menjelang 2022

Menurut sumber, Grab dilapor merancang untuk memastikan kesemua pemandu dan penungganya divaksin menjelang tahun 2022. Berikutan rancangan ini, Grab bakal bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan untuk membekalkan maklumat vaksin COVID-19 melalui aplikasinya.

Syarikat Grab yang beroperasi di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia ini mengumumkan program untuk meningkatkan akses terhadap vaksin COVID-19. Grab bukan sahaja bekerjasama dengan kerajaan untuk membekalkan maklumat vaksin, tetapi juga membincangkan pengagihan dan pengangkutan vaksin.

Sepertinya, Grab bukan sahaja mementingkan kebajikan pekerjanya, tetapi juga kesedaran kepada pihak awam tentang maklumat vaksin. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Tech Crunch

Exit mobile version