Site icon TechNave BM

Grab Intercity dilancar di Malaysia, benarkan anda beli tiket bas dan feri ke Singapura

Pada hari ini, Grab Malaysia melancarkan perkhidmatan Grab Intercity yang membenarkan para pengguna untuk membeli tiket bas dan feri dalam aplikasi Grab. Fungsi ini juga membenarkan pengguna untuk membeli tiket bas ke Singapura dari pelbagai lokasi Semenanjung.

Pengguna boleh beli tiket bas untuk pergi ke lebih 30 destinasi di Singapura dari 11 bandar dalam pelbagai negeri Semenanjung. Ia boleh dibeli bermula 7 Julai 2022 dan pelanggan awal akan menerima diskaun sebanyak 10% untuk setiap tiket yang ditempah.

Untuk pembayaran, Grab telah bekerjasama dengan Splyt dan Easybook untuk membenarkan pengguna membayar menggunakan GrabPay serta menerima mata ganjaran GrabRewards.

Buat masa ini, Intercity menyediakan perkhidmatan untuk lebih 15,000 laluan bas dan feri, manakala pengguna boleh turut menempah hotel, insuran dan tiket ke tempat tarikan pelancong.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version