Site icon TechNave BM

Grab kini benarkan anda beri e-Duit Raya kepada orang tersayang melalui GrabPay

Duit Raya merupakan perkara yang dinanti-nantikan oleh golongan yang lebih muda termasuklah kanak-kanak. Memandangkan perayaan Aidilfitri tahun ini kebanyakannya disambut secara maya, Grab mengambil langkah dengan memperkenalkan e-Duit Raya melalui GrabPay untuk rakyat Malaysia.

e-Duit Raya ialah berkonsepkan pemberian duit Raya tanpa tunai. Rakyat Malaysia yang sudah mula berjinak dalam perkhidmatan dalam talian pasti tidak mempunyai masalah untuk menggunakan e-dompet terutamanya GrabPay. GrabPay kini membenarkan anda untuk memindahkan e-Duit Raya kepada saudara-mara, rakan atau kenalan anda.

Bukan itu sahaja, pemberian duit Raya melalui GrabPay juga melayakkan anda mendapat Mata GrabRewards. Mudah sahaja, untuk tiga pemindahan GrabPay e-Duit Raya pertama, anda akan mendapat 50 Mata GrabRewards (terhad satu transaksi sehari). Manakala lima pengguna teratas dengan pemindahan paling banyak kepada individu yang berbeza akan mendapat 20,000 Mata GrabRewards. Perlu diingatkan bahawa kelayakan mendapat Mata GrabRewards hanya terhad bermula 24 Mei hingga 6 Jun 2020 sahaja.

Cara-cara memindahkan e-Duit Raya

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Grab. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini dan semoga perayaan ini memberi makna bahagia kepada anda.

Exit mobile version