Grab Malaysia telah mengumumkan #SavewithGrab dengan memberikan fokus kepada harga yang lebih rendah sambil memperkenalkan pelbagai peningkatan dalam aplikasi Grab termasuk program ganjaran Stamp Card dan pelan langganan GrabUnlimited. Ini disebabkan hasil daripada tinjauan terbaru menunjukkan bahawa sebagian besar rakyat Malaysia bimbang tentang kos sara hidup dan kenaikan harga barang runcit.
Ciri-ciri baru termasuk Saver untuk penghantaran makanan dengan yuran yang lebih rendah jika pengguna bersedia menunggu lebih lama, Group Order yang membolehkan pelanggan berkongsi yuran penghantaran, Dine-In GrabFood yang memudahkan penjimatan ketika makan di restoran dan pelan langganan jangka panjang GrabUnlimited. Selain itu, terdapat program Stamp Card untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia melalui aplikasi Grab.
Dengan inisiatif #SavewithGrab ini, Grab Malaysia bertujuan menyediakan perkhidmatan kepada seluruh lapisan masyarakat, memberikan harga yang lebih berpatutan dan mencipta peluang pendapatan bagi rakan niaga dan rakan penghantaran mereka.
Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

