Site icon TechNave BM

Grab perkenalkan Umrah Financing, bantu rakan-pemandu Grab tunai umrah

Mitra Kembara Sdn Bhd bersama GrabFin Malaysia secara rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang menawarkan Umrah Financing bagi memudahkan rakan-pemandu Grab beragama Islam menunaikan ibadah Umrah di kota suci Mekah.

Pakej Umrah yang direka khas oleh Mitra Kembara untuk rakan-pemandu Grab merupakan pakej lengkap 12 hari 10 malam bersama tiket dan Visa Umrah. Mitra Kembara juga bakal memberikan hadiah seperti set bagasi dengan tag bagasi, buku panduan untuk persiapan Umrah, lanyard dan kad sim Arab Saudi.

Umrah Financing diperkenalkan berikutan selepas Cabaran Ramadan-Umrah Grab yang dianjurkan baru-baru ini di mana Grab Malaysia menawarkan pengguna dan komuniti rakan-pemandu serta penghantar peluang memenangi pakej perjalanan Umrah yang ditaja sepenuhnya.

SEDANIA As Salam Capital Sdn Bhd (SASC) turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian. SEDANIA akan menawarkan elaun sebanyak RM300 kepada kumpulan pertama yang membuat permohonan Umrah Financing sepanjang tempoh perjalanan antara Ogos dan November 2024.

GrabFin Malaysia akan memulakan pelancaran awal Umrah Financing pada 3 April 2024 dengan tempoh perjalanan pertama bermula di bulan Ogos dan November 2024 dan layak untuk bawah umur 75 tahun. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version