Site icon TechNave BM

Grab uji fungsi Quiet Ride jika anda tidak ingin berborak dengan pemandu

Buat para pengguna Grab yang gemar menaiki kereta tanpa memulakan sebarang perbualan kecil dengan pemandu, anda boleh memanfaatkan fungsi Quiet Ride yang akan diperkenalkan oleh Grab pada masa hadapan.

Apabila fungsi ini dipilih oleh penunggang dalam mesej GrabChat selepas tempahan dilakukan, pemandu Grab akan dimaklumkan bahawa beliau tidak berminat untuk berbual.

Buat masa ini, fungsi Quiet Ride masih belum diperkenalkan secara rasmi oleh pihak Grab. Seorang pemandu Grab telah berkongsi sebuah tangkapan skrin daripada aplikasi Grab Driver di mana fungsi tersebut bakal diuji bermula 7 Oktober 2022.

Walau bagaimanapun, fungsi Quiet Ride ini sebenarnya sudah pun mula diuji di pelbagai lokasi di Malaysia sejak April lalu. Setakat ini masih tiada maklumat tentang tarikh pelancarannya untuk pengguna umum.

Walaupun pilihan Quiet Ride ini akan mengurangkan perbualan, pemandu masih boleh bertanya beberapa soalan penting kepada penunggang berkenaan perjalanan seperti pilihan jalan, tahap penghawa dingin dan muzik.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ciri ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Lowyat

Exit mobile version