Site icon TechNave BM

GrabCar beroperasi sehingga 11 malam sewaktu PKPB, dibenarkan bawa 2 penumpang

Bermula hari ini, kerajaan akan menguat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana kebanyakan premis perniagaan akan dibuka namun sebarang aktiviti keramaian masih dilarang. Bagi operasi GrabCar, syarikat itu telah mengemas kini peraturan operasinya agar sejajar dengan polisi PKPB.

Dalam sebuah pengumuman melalui aplikasi Grab, mereka mengesahkan bahawa operasi GrabCar dijadualkan pada 6:00 pagi sehingga 11:00 malam bermula hari ini (4 Mei). Sebarang pesanan lambat melepasi 10:30 malam tidak akan dilayan.

Sebuah lagi perubahan polisi adalah GrabCar tidak akan mengambil tunggangan melebihi dua orang. Manakala dua penumpang yang berada dalam kereta harus mengekalkan penjarakan sosial.

Selain itu, penumpang harus memakai pelitup muka (face mask) dan membawa cecair pembasmi kuman sewaktu mengambil perkhidmatan GrabCar. Para pemandunya juga berhak menolak pelanggan yang dilihat mempunyai sebarang gejala penyakit. Semua bentuk pembayaran pula perlu dibuat melalui GrabPay bagi mengurangkan interaksi antara penumpang dengan pemandu.

Adakah anda akan menggunakan perkhidmatan GrabCar sewaktu PKPB? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version