Site icon TechNave BM

GrabFood lancarkan ‘Dine-in’, bantu cari restoran terdekat dengan pembayaran PayLater

Sekiranya anda dalam dilema untuk memilih tempat makan, GrabFood telah melancarkan ciri baru yang dipanggil GrabFood Dine-in yang membantu anda menemui restoran-restoran di sekitar lokasi yang dipilih dalam aplikasi Grab.

Tambahan pula, ia memberikan pandangan yang jelas tentang profil restoran termasuk menu, waktu operasi dan butiran lokasi. Ini juga termasuk penarafan dan ulasan daripada jutaan peminat makanan di GrabFood.

Selain itu, ciri ini membantu pemilik perniagaan untuk menarik lebih banyak pelanggan. Laporan daripada Grab’s Southeast Asia (SEA) Food and Grocery Trends 2022 mencadangkan bahawa 88% pengguna menemui kedai-kedai baru melalui aplikasi penghantaran makanan. Oleh itu, ia berpotensi untuk meluaskan perniagaan anda. Di samping itu, anda juga boleh nikamati penjimatan melalui baucar-baucar makanan yang ada di dalam aplikasi.

Anda juga boleh menikmati pembayaran yang fleksibel secara luar talian dan di kedai dengan PayLater oleh Grab. Anda juga boleh menggunakan ciri Dine-in untuk menemui makanan yang terbaik (promosi) apabila anda sedang berjalan-jalan. Ini adalah cara yang mudah untuk mengetahui tentang masakan popular di kawasan-kawasan baru.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

Exit mobile version